Abdillah SM
bandaraya pelabuhan
4 oktober 2009
jus
cuma
ingin
teguk
sedikit
jus limau
dari botol
di tangannya
malam itu
hingga
pulang
haram kudapat
walau setitis
sebentar
tadi aku harus
terima zalim kata
sengaja dari bibir
bengis sinis
cari silap
jus limau
warna oren
selalu
mengingat
aku pada
pinta kasih
tanpa peduli
benci itu jelas
citra lukisan
hati
*(sesampai di rumah malam itu aku terus bergegas ke peti sejuk. kukupas tiga biji oren. kupotong-potong isinya sambil kuasing biji. kemudian kumasuk isi limau ke dalam pengisar. kutambah kube ais beberapa ketul dan sedikit sirup manisan. kisar. mmmmm harum baunya dan sedap pula nampaknya. kecur liurku.
'kamu tak teringin kah, yang?,' tanyaku sambil menoleh ke belakang. berhayal aku! sepertilah dia begitu setia. heheheee. aku ketawa sendirian. aku terus ketawa lama selepas itu. seperti tidak terhenti. bercucuran airmata jatuh ke tapak tanganku. hehehee. terkejut aku menyedari rupa-rupanya aku sedang menangis. menahan pedih pilu dan rasa tersinggung. berdukacita rupanya aku. ya, duka. kini baru terasa olehku hangat-dingin rajuk pilu mula mengepal - ngepal kemas tangkai hatiku.
menderita rupanya aku. terlalu derita ini. sampai pudar naluriku ; membeza tara tawa dan tangis.)
terjemahan ekstrak cerpen
'my beloved' (1996) karya abdillah sm
No comments:
Post a Comment