samesta lain
selisih perpuluhan satu saat
gedik-gedik aishwarya rai
saluran lain berderai tandak
kinja-kinja bollywood
cacing kepanasan!
nyempat kucup berahi
momen sanggama dilatari
laungan ilahiah dari menara
mesjid-mesjid terulung
dunia islam
sekular?
kepayahan,
dibedil bertalu-talu di tv
runtuh tanpa sanggahan
tinggal hanya puing-puing
kenangan tuhan.
setelah ruang selesa keagungan tuhan
sangat berhasil dipecah-rampok
tanpa topeng dan acu pistol.
dilobi di pasaran kapitalis. materialisme
mana pernah menghulur apologi
seperti yakin bahawa tuhan
merajuk. lalu akan turun firman:
‘never having to say sorry!’
kuching
12 jun 2007
2 comments:
salam kenal.
menatap puisi anda ada tersa kelembutan menusuk
namun ada sergahan menyucuk.
persilakan ke blog teman orang kota bharu.
selamat berpuasa moga dirahmati Alah.
salam. bahagia kerana sdr sudi ke blog saya. bahagia juga kerana dapat berkongsikan puisi ini. Syukran! Anda sudah begitu berjaya dalam penghasilan karya melihat pada penerbitan karya yang begitu banyak. saya sendiri cuma media ini sajalah yang terdaya dipergunakan secara maksima demi pengisian tujuan penyebaran. selamat menyambut idil adhar untuk anda sekeluarga.
Post a Comment