teleks sastera no5 (COMA) kepada dahiri saini (COMA) unimas (COMA) kota samarahan (COMA) sarawak (STOP) adinda dahiri saini (STOP) salam (STOP) kalau anugerah sastera negeri sarawak itu bukan untuk sasterawan dan penulis (COMA) untuk siapa lagi ( ? ) tak kan urusan anugerah seperti itu juga perlu campurtangan barisan nasional negeri ( ? ) front nasional itu sudah cukup tenat dengan masalah politik belum selesai jadi kenapa cari beban yang bukan sangat tanggungjawab mereka (STOP) kenapa semuanya mesti dipolitikkan (STOP) kita penulis bukan anti politik tapi aplikasinya pada mana-mana perkara wajib ikut kewajaran (COMA) bukan kerana pihak bertanggungjawab itu punya kuasa magis ( ! ) faham tak pengertaian wajar (?) wajar itu sepupu logik ( ! ) dua pupu mantik (STOP) oleh itu (COMA) si wajar (COMA) si logik dan si mantik (COMA) semuanya hendaklah dijemput untuk sama-sama berunding ( ; ) resolusi daripada rundingan itu kemudian diterapkan dengan saksama untuk menghasil kemurnian tindakan (STOP) kesaksamaan merumus pertimbangan arif akan dapat pujian ( - ) di dunia (COMA) mungkin dapat ganjaran pahala untuk akhirat (STOP) kita penulis sebenarnya tidak sangat mendesak pada hal-hal anugerah dan hadiah seperti ini (STOP) itu martabat dunia (COMA) buah ati (STOP) ingat nasihat abangmu ini benar-benar (STOP) tanamkan nasihat ini ke dalam nubarimu yang masih jernih dan belum polluted itu (STOP) abang sayang kamu orang semua (STOP) abang mau kamu orang belajar daripada fenomena ini (STOP) renungkan sedalam-dalamnya (STOP) ada pengajaran daripadanya (STOP) paling tidak adik-adik abang wajib hindari daripada terjerumus ke dalam kancah percaturan senada ini pada masa akan datang ( ; ) bila nanti sudah jadi orang besar (COMA) ternama dan kaya raya (STOP) jadilah penulis-seniman tegas jatidiri dan berjiwa mulia (STOP) abang dan mungkin juga adinda-adinda yang lain tidak terkecuali adinda sendiri (COMA) kita belum kebulur lagi sehingga kita memerlukan sumbangan tunai yang mengiringi anugerah itu (STOP) tahu apa yang kita sangat perlukan demi menseimbang eksistensi kita di wadah budaya sebagai seniman-penulis (?) kita wajib berusaha untuk mencapai martabat jiwa ( ! ) Sekian (STOP) Wallahualam (STOP)
6 comments:
Saya (noktah)(noktah)(noktah)
kurang faham (seruan).
Tapi (koma) masih boleh diajar(noktah)
Boleh tolong tunjuk ajara (tanda soal).
adus cukup simantik apa ditulis abang dil, sungguh mgharukan jiwa raga (seperti bola raga yg terkena tengkolok anak raja, lalu raja pun murka menghunus keris membenamkan ke dada, adus bisa persis taming sari; sari indiakah?),
memang negeri sastera ini negeri sesat segalanya, persis anak raja tadi mghunus keris tak bertuan, aduh matilah sastera dek tujahan keris tadi...
karya terbaru cerpen; keris diraja...
apa keris taming sari itu persis 'cop stik' di restoran sepinang sari? klau cam tu kena bergurulah kita pada hj saleh mi sapi. sari india itu panjang berbelit-belit, buah hati, tapi malangnya tak tertutup perut. andaian adinda persis anak raja menghunus keris tak bertuan itu tak silap ejaan kah? keris tak bertuah, kot?
aduh! lupa kekanda. next karya; "kapak d'marhean"; ingat ini dah ada barcode dengan PNM tau. jangan confuse dengan car park atau karpal singh. ada dua siri penerbitan: i. kapak d'marhaeh mini. ini kena tanya dengan pok nik aziz, ii. kapak d'marhaen maxi (bukan maxis) tapi kena rujuk ke universiti chulalongkorn.
Salam 'KAPAK D'MARHAEN'.
bang dil
kapak mini, kapak maxi apa ni? baju pompuan adale - mini nampak ehem paha, midi nampak betis, maxi kat buku lali. apa kena-mengena dengan kapak? gigi kapak ada le. kalau dah setua mmm orang mmmtu dah tak mengancam lagi. kalau adapun cuma kapak denture/kapak plastik. Yang sampai nak merujuk ke universiti chulalongkorn tu apa hal? nak SEA award le agaknya tu. Berkarya le saja diam-diam.
salam anugerah ompong daripada saya.
hahahaha, salam bng dil, nang cayak kat ktk tuk, tauk bebenar apa yg trbukuk dlm ati adinda jebat tuk, mulai kinek tuk kmk nunggah ktak tun tuah jak k,,, berkenaan keris tu memang tak bertuan, bukan bertuah, kerana tuah jrng adinda jebat dpt hehehe, keris tak bertuan bermaksud org yg x layak dpt tapi dpt anugerah hehehe faham2 le...tapi nok kato camni memang suratan takdir, karya adinda jebat memang x lalu di swak tuk, nyo nyebab ati sedih...tahniah atas karya trbaru bang tuah/dil.....salam selasa...
Post a Comment