SUARA MARHAEN

bUrung-BuRuNg Twit-Twit-Twit

Sunday, December 21, 2008

ABDILLAH SM : SASTERA - hA Ha ha Bab 4

Bloggertaufek18 said...

Rasa etnik sentrik seperti itu tidak perlu lagi diwar-warkan, bangsa yang kerdil saja yang masih ingin merasai dirinya berada dalam kepompong itu. Tak hilang jati diri kita jika kita faham makna kesusasteraan yang lebih besar. Sewajarnya kita berhenti untuk banyak melihat daerah kita kerana itu bukan sikap bangsa yang unggul. Entah sampai bila kita gemar jadi lintah yang asyik bangga pada kulitnya, sedang sisik orang jauh lebih sasa.

December 20, 2008 8:40 PM

(menjawab komen sdr taufek18 sehubung rencana di bab 1)

terima kasih sdr taufek18 kerana turut sama melihat dan mempertimbang untung rugi penerapan kategori pelbagai kaum ke atas sastera kita.

memang tidak dinafikan bahawa pengkategorian penulis mengikut kaum itu ada juga kelebihannya. tapi kalau ditimbang dengan saksama kita pasti dapat melihat rasional kenapa ia tidak harus dikekalkan.

yang ingin mempertahankannya mungkin berpendapat bahawa tujuannya adalah demi pengekalan nilai-nilai etnik dalam segala aspek demi menambah warna pada kemungkinan yang lebih besar. siapa kata itu salah? saya kata tidak salah. kerana akhirnya itu terserah kepada nawaitu juga.

setiap kewajaran yang kita pilih ada rasionalnya. pun demikian, sampai bila dapat kita mengekalkan semangat yang diperkaum-kaumkan seperti itu. di negeri sarawak, tolak kaum keturuan cina dan keturunan india, yang lain-lain itu adalah bumiputera. apakah kita kaum bumiputera sedar bahawa kita ini adalah dari rumpun bangsa melayu yang agung itu. bumiputera dan orang asli itu adalah daripada ras melayu! dan di atasnya duduk gelaran bangsa; iaitu Melayu.

subjek ini seharusnya dibicarakan oleh pakar dalam bidang antropologi / sosiologi. tapi kita masih boleh melihat ragam bicara kerana kita membaca dan terdedah kepada ilmu yang diperkuatkan oleh sumber dan penegasan ilmiah lainnya.

great britain tidak pernah mengisytiharkan bahasa inggeris itu kepada gelaran bahasa united kingdom, bahasa commonwealth atau gelaran apa saja, demi kepentingan kedaulatan bangsa dan kewajaran politiknya. jangan mimpi kerana itu tidak akan terjadi. australia tidak pernah mengisytiharkan bahasa inggeris dengan gelaran bahasa australia, di new zealand - sebagai bahasa new zealand atau di usa sebagai bahasa amerika. bahasa inggeris itu kekal dan dikenali di mana-mana sebagai bahasa inggeris. kenapa bahasa inggeris itu begitu jaya dikekalkan kehormatan namanya berbanding malangnya bahasa melayu. bahasa bangsa kita – melayu.

demikian, saya sungguh teruja mencari alasan mengapa gelaran bahasa melayu sering dikaburi dengan gelaran-gelaran yang meletakkan nama negara sebagai topengnya. contoh - bahasa malaysia itu bahasa melayu, bahasa melayu brunei itu bahasa melayu, bahasa indonesia juga bahasa melayu. barangkali kita telah ditipu oleh bangsa pendatang yang ingin menghilangkan entiti melayu. melayu itu sinonim dan hak kepada nusantara keseluruhannya. wajar benar diperkasakan realiti hasrat dan sejarah bahawa seluruh nusantara ini adalah dunia melayu. dunia bagi setiap kita, ras daripada bangsa melayu itu.

bahasa sukuan maupun dialek yang menjadi tunggak kewujudan tiap etnik daripada ras bangsa melayu samalah juga sepertimana banyaknya dialek dalam bahasa bangsa-bangsa lain. ambil saja contoh bangsa cina. berapa puluh dan ratus dialek yang digunakan oleh orang berbangsa cina tetapi bagi saya tetap saya kenali ia sebagai bahasa orang cina.

pada anggapan saya idea kategori pelbagai kaum itu bermula di dbp pusat maupun gapena. mungkin sebagai galakan agar orang bukan melayu menulis dalam bahasa melayu. ingat, bahawa perkara ini berlaku di semenanjung malaysia dan dbp caw sarawak menerapkannya di negeri ini secara tangkap muat. maksud pelbagai kaum di semenanjung malaysia melibatkan orang india dan cina. tidak pernah pula disenaraikan kumpulan penutur dialek kelantan, perak, jawa, bugis, banjar, mendeheleng, rawa dan sebagainya.

tiap-tiap kumpulan di atas sebenarnya bercakap dalam dialek kelompoknya sendiri. oleh kerana perhubungan fizikal di semenanjung tanah melayu itu sederhana baik maka itu amatlah bermanfaat kepada penyebaran bahasa melayu baku. demi komunikasi berkesan untuk sesama tiap kumpulan orang yang disebut di atas memilih tanpa prasangka bahasa itu – melayu baku.

saya percaya semua orang pernah mengetahui bahawa keturunan cina walau bagaimana sekalipun malaysia cara kehidupannya masih juga mereka dikenali sebagai golongan mahua. dalam medan kesusasteraan melayu golongan ini kalau terlibat sebagai penulis hasil karya mereka dikenali sebagai karya mahua. mereka adalah penulis mahua. bukan penulis melayu. lim swee tin itu penulis mahua. salina ks lee juga.

dalam mengidentifikasikan penulis di negeri sarawak, sebagai contoh, antara jong chian lai dan jais sahok besar bezanya. bukan kerana yang seorang itu penerima sea award tetapi kedudukannya dalam kesusasteraan melayu malaysia. jais sahok itu mengikut pendapat saya memang penulis melayu. jong itu bukan kalau mengikut syarat kategori penulis di semenanjung malaysia. jong penulis mahua seperti lim dan salina juga.

dahiri, jaya ramba, paul nanggang, saiee driss itu penulis melayu. saya kalau nanti dikenali penulis - melayu juga. ha ha ha ha ha. -Abdillah SM

2 comments:

dariana said...

BAHASA JIWA BANGSA!

bahasa melayu yg kian merekah kini? barangkali akibat jiwa bangsa ini sendiri kian merekah? apa akan terjadi selepas merekah?
adakah akibat kawin campur? nasi campur? rojak? pelbagai bentuk pakaian? majmuk?
makanya keutuhan bahasa ikut merekah,rojak dan dimajmukkan. saya rasa ada kaitan benar dengan letak geografinya kita dihimpit lautan hindi dan laut cina selatan! nusantara yg buminya pulau2 dan iklimnya tidak seimbang juga ada kaitan abadi membezakan bahasa & bangsa kita dengan bahsa dan bangsa lain.. atau di sana ada hikmahnya ???

Abdillah SM said...

salam maal hijrah. semoga anda sekeluarga bahagia dan sejahtera dunia akhirat.