SUARA MARHAEN

bUrung-BuRuNg Twit-Twit-Twit

Wednesday, December 17, 2008

ABDILLAH SM : SASTERA - hA Ha ha Bab 1

Bab 1


Nampak nostalgia benar DBP Caw Sarawak dengan nawaitu ‘pelbagai kaum’. Kalaulah ia sebuah motif shawl ‘pua kumbu’ yang ditambahbaik serat tenunannya dengan memasukkan motif ‘kain beturus’ Melayu Sarawak, kalau dijual dengan harga yang berpatutan, memang produk itu akan meletup permintaanya di pasaran. Kalau tak percaya sila tanya Puan Hjh Jamilah Shukri di Anggun, akan kemungkinan sepertinya.


Kolokium Penulis Pelbagai Kaum 2008 yang berlangsung 12hb – 14hb Disember itu pada pendapat saya tidak lagi releven dengan sastera kita yang sudah seharusnya mencapai sepakat bahasa Melayu itulah bahasa sastera kebangsaan. Saya rasa penggunaan terminologi pelbagai kaum itu kalau di Negeri Sarawak boleh diselongkar selidik nun jauh ke ‘zaman’ Tuan Hj Hussin Jamil, mantan Pengarah (pertama) DBP Cawangan Sarawak. Bayangkanlah.


Sedangkan pada waktu itu lagi saya sudah mulai ragu menerima alasan harus ada jejeran kaum-kaum yang tidak ‘fasih’ berbahasa Malayu yang terlibat dalam aktiviti sastera dan penulisan di negeri Sarawak. Memang sudah ada penulis bukan Melayu yang menulis dalam bahasa Melayu waktu itu. Contohnya, Sdr Saiee Driss, Sdr Mat Segalang, Cik Margaret Leonard sekadar menyebut beberapa nama. Memang ramai lagi. Letih nanti jari saya menaip senarai nama yang panjang berjela-jela itu. Kalau bahasa sudah dikebangsaankan, sastera sudah dikebangsaankan kenapa harus penulisnya dikaum-kaumkan? Sedangkan dalam beberapa brosur sayembara anjuran DBP, pasti ada klausa yang mengingatkan supaya jangan menyentuh hal-hal yang boleh menyinggung perasaan mana-mana kaum. DBP jelas anti perkauman. Ironinya kenapa pula asyik melihat rakyat negeri Sarawak/Malaysia dari teropong berfokul pelbagai kaum.


Walau bagaimanapun, kurang fasih dan kurang lancar penggunaan bahasa Melayu itu perkara subjektif yang boleh saja melibatkan semua orang tak terkecuali seorang Melayu Sarawak yang bahasanya bukan bahasa Melayu baku. Apakah DBP memberi perhatian khas pada seorang penulis Melayu Sarawak seperti yang diberi kepada seorang penulis bukan Melayu. Tidak! Oleh kerana saya Melayu saya sudah dianggap tidak layak menerima kekaguman dan perhatian penyuburuan yang diperlukan (konon) oleh seorang penulis dari golongan bukan Melayu.


Seorang penulis terkenal, Sdr Jong Chian Lai paling tidak telah mendapat pendidikan menengah di Semenanjung Malaysia pada zaman mudanya. Di sana beliau biasanya terdedah kepada penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pelajaran yang dikuti kalau beliau menuntut di sekolah aliran kebangsaan. Nah! Di situlah Sdr Jong Chian Lai terdedah kepada pendidikan aliran bahasa Melayu dan sekitar pengaruh dan pergaulan di mana bahasa komunikasinya adalah bahasa kebangsaan itu. Tidak pernah lagi seumur hidup saya mendengar Sdr Jong Chiang Lai bercakap dalam bahasa selain bahasa Melayu (Sarawak), Inggeris, atau bahasa kebangsaan! Gitu.


Nah! Sambil menjual sayur dan buah-buahan hasil hutan, saya sempat bersua beberapa orang rakan penulis; professional dan amatur asyik menjeling ke meja jualan saya.


Saya:

Jangan nak buang batu gilak ya!

Oi, sik singgah meli sayur-sayur tok?

Itu salam penjual sayur seperti saya. Tapi saya ada perkara lain jauh lebih seronok untuk saya selidiki daripada mereka. Saya sendiri tidak dapat hadir di Kolokium Penulis Pelbagai Kaum 2008 kerana nafkah inilah. Saya terpaksa berada di Pasar Satok selepas subuh dan pada sebelah malam selepas maghrib.

Sik ngikut Kolokium Penulis Pelbagai Kaum, tek?

Nak tau apa jawapan mereka? Nah!

Ikuti catatan saya di bawah:

Midin:

kamek tidak berkaum, bang dil.

Keladi:

kamek bukan perkauman, bang!

Dabai:

kamek bukan kaum jahiliah, encik abdillah.

Cempedak:

kamek bangsa bertemadun, sdr abdillah sm.

Nangka:

Kamek dah ada label kebangsaan, lama dah.

Apa you tak tau ke, En. abdillah?

Durian

kamek nang sik ingin lagi dikenali sebagai penulis kaum walaupun kamek bermula di situlah ( peep!peep!peep!). Merangkak dari bawah. Bukan you sik kenal I. Sekarang I dah berada di peringkat serantau. Malulah I kerana bukankah sekarang I sudah jadi idola kesusasteraan...............................................................................

2 comments:

taufek18 said...

Rasa etnik sentrik seperti itu tidak perlu lagi diwar-warkan, bangsa yang kerdil saja yang masih ingin merasai dirinya berada dalam kepompong itu. Tak hilang jadi diri kita jika kita faham makna kesusasteraan yang lebih besar. Sewajarnya kita berhenti untuk banyak melihat daerah kita kerana itu bukan sikap bangsa yang lebih unggul. Entah sampai bila kita gemar jadi lintah yang asyik bangga pada kulitnya, sedang sisik orang jauh lebih sasa.

Abdillah SM said...

sdr taufek18,

komen saudara saya angkatkan ke blog sebagai sebahagian daripada entri saya kerana saya ingin mengutarakan tulisan yang sedarhana panjang daripada yang saya dapati sesuai di sini. tq. takcare.