Bab 2
Syabas! Terima kasih DBP Caw Sarawak kerana masih setia menganjurkan projek-projek sastera dan bahasa. Memang tidak dapat tidak wajib kita berbesar hati dengan kemurahan hati pihak pengajur projek seumpamanya. Pengajuran itu sudah tentu melibatkan kos yang banyak. Ya! Memang itulah kerjanya DBP. Menguruskan aktiviti sastera dan bahasa, membuat kajian bahasa dan sastera, membantu penulis bakat-bakat baru menemu arah yang boleh menjadi laluan pengasah sebelum melangkah jauh ke ranjau dunia penulisan. Core bussiness DBP kurang lebih begitulah pada anggapan saya.
Sesiapa yang ingin memohon kerja di DBP harap-harap janganlah meletakkan niat untuk jadi penulis. Anda boleh jadi penulis (dengan cara yang normal seperti kami) tanpa perlu menjadi kakitangan DBP. Kalau anda punya niat menjadi kakitangan DBP untuk jadi penulis maka itu adalah kesilapan yang besar. Dan kami penulis di luar sini tidak dapat memaafkan anda kerana harus berlaku persaingan antara kita.
Kami punya pengalaman bahawa penulisan itu satu profesyen. Ia bukan kerja yang mudah tetapi sebenarnya amat mengambil masa dan perhatian. Siang dan malam sudah tidak banyak bezanya kerana kita berdepan desakan karya harus disiapkan. Ada dateline, gitu. Dalam kasus anda, di manakah anda mendapat waktu untuk itu sedangkan anda adalah pekerja tetap dan sepenuh waktu DBP? Apakah gelaran jawatan anda itu Penulis? Kadang-kadang bukan main prolifik lagi anda. Anda bukan dibayar gaji oleh DBP untuk berkarya!
Persaingan antara kita: Anda yang lebih dekat pada sumber pencerahan dalam segala hal berhubung sastera dan penulisan sudah tentu mendapat kelebihan. Sudah barang tentulah anda akan lebih berjaya selain anda adalah keluarga DBP! Anda mendapat imbuhan sebagai penulis. Anda juga mendapat gaji sebagai pekerja DBP. Ini sungguh tidak adil. Silap-silap mau bersalam dengan wakil badan penyiasat.
Kebanyakan badan yang menganjur sebarang pertandingan menyenarai dengan jelas beberapa peraturan yang melibatkan penyertaan kakitangan, keluarga terdekat kakitangan dan saudara mara. Tapi sejauh mana yang kita sedari DBP tidak pernah mengeluarkan klausa senada dengannya berhubung penganjuran sayembara dan yang seumpama!
Walau bagaimanapun memang DBP wajar berasa bangga punyai kaki tangan yang sekarang mesyhur penulis, gitu kira. Ha, ha, ha, ha.
2 comments:
jadi penulis jika bekerja dgn dbp bukan tiket utk berjaya. berapa ramai penulis yang gah karya dari staff dbp? inilah senarionya. fikirkanlah
sdr dihiri,
kerana ada banyak nak tulis balik, saya membalas komen sdr di blog. tq. takecare.
dilsm
Post a Comment