SUARA MARHAEN

bUrung-BuRuNg Twit-Twit-Twit

Saturday, December 13, 2008

ABDILLAH SM : HIBURAN - Bintang P.Ramlee 2008

ORANG MUDA

MENYANYI LAGU LAMA

ORANG TUA

MENGENANG KEMBALI

ZAMAN MUDA


PERTANDINGAN BINTANG P.RAMLEE 2008



Apa yang menarik tentang Pertandingan Bintang P.Ramlee? P.Ramlee sebagai tokoh penyanyi lelaki yang unggul pada zamannya pernah berpasangan dengan Momo Latif, Nona Asiah, Normadiah, dan Salmah Ismail cuba dikembalikan di pentas hiburan masa kini untuk mencabar minat penonton dan mesyarakat zaman siber.


P.Ramlee adalah pelakon, pengarah, penyanyi, pencipta lagu dan pelawak pada era 50 an hingga 70 an. Dari awal penglibatannya dalam dunia hiburan P.Ramlee telah menunjukkan bakat yang tidak mudah dinafikan. Umpama air yang terus mengalir ke lembah-lembah yang kering sehingga menjadikan ia subur dan hijau. Seperti ada kuasa hikmat yang hadir dalam dirinya, memandu arah kesenimanannya, menuju kejuaraan di persada seni Melayu Nusantara.


Apakah P.Ramlee itu lambang jaya kesenimanan dalam seni hiburan? Mengambil ukuran dunia hiburan masa itu, ternyata P.Ramlee tidak dapat dianggap jaguh memandu mesyarakatnya ke arah kecermerlangan contoh seniman bisa bertahan. Imbuhan yang diperolehinya tidak seberapa. Kerja amalnya saja yang lebih menyerlah. Dapatan hasil seninya itulah yang sepatutnya menjadi tunggak demi pengekalan kerjayanya dan kedudukannya di mata mesyarakat setara dengan artis-artis barat sepertinya pada zamannya.


P.Ramlee adalah seniman agung nusantara yang hidupnya menyembunyi kemiskinan. Kemiskinannya itulah yang dimamahkan oleh masa yang dilaluinya. Sedang lembaga jaya kesenian yang dipupuknya dengan peluh, jerih, usaha dan airmata, tetap kekal tak tercabar!


Di Pertandingan Bintang P .Ramlee maka kita dihidangkan dengan lagu-lagu P.Ramlee nyanyian anak muda zaman kini mengikut sedekat mungkin penampilan P.Ramlee; suara dan gaya. Untunglah peserta lelaki. Peserta perempuan terpaksa berpuas hati kiranya dapat meniru Salmah Ismail (Saloma), Normadiah, dan Nona Asiah.


Walau bagaimanapun, bukan senang nak meniru suara dan gaya Momo Latif. Namun ada juga yang begitu berjaya menampilkan watak dan suara Momo Latif sehingga usahanya menjadi pilihan juri untuk menerima hadiah persembahan terbaik.


Syabas Farah Asyikin bt Abdul Rahim dan P.Ramlee Zon Timur kerana berjaya menerima hadiah persembahan terbaik di Pertandingan Bintang P. Ramlee, 2008 yang berlangsung pada 13hb Disember 2008, di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Kuching, Sarawak. - Abdillah SM



Edna Tiara (di belakang) bersama sepupu

Farah Asyikin,





Abdillah SM, Noor Zalihah, Edna Tiara

bersama juara Bintang P Ramlee 2008

Wakil Zon Tengah






1 comment:

Catering Budjet dari RM 8.00 said...

selain berpuas hati dgn kemenangan juara saudara farid(seingat saya) hati saya tercuit juga dengan suara peserta zon timur(baru saya tahu namanya cik farah ) klasik sungguh suaranya,mmg mcm momo latif..