Abdillah SM
bandaraya pelabuhan
28 mac 2010
tanpa
sebab
bahagia
hilang magis
kala diucap
seperti aku
cinta padamu
lontar kalimat
dari kuntum
senyum nubari
kali selebihnya
punya bathin
pewaris
suka duka
harta emosi
fitrah jiwa
bukan intelek
bukan juga
logika
cintaku
tanpa sebab
mengapa
harus ia
sering
tercabut
simpul
arkib
memori
minda
kekasih
terimalah
aku seadanya
tanpa kerana
yang kau cari
sering hilang
bentuk hakiki
sekadar
ijtihad
:::
subjektiviti
No comments:
Post a Comment