Abdillah SM
bandaraya pelabuhan
7 jun 2009
tersentak
bebas
seperti
lelayang
lepas engkau
lambang cinta
ke langit biru
bawah mu laut
kabul cemburu
temali setia
dakap
buhul putih
ke dada
kau usik
tenangku
menjunam
ke
samudera
tanpa syarat
mana kurela
sekalipun
laut kekasih
langit
di horizon
buah hati
kupanggil
mu pulang
sepantas
dada puas
lebur sumpah
cair rajuk
tiga waktu
menjauh
rindu
2 comments:
salam..
saya amat sukakan laut dan puisi ini.
sejahtera anda. selamat kembali ke wadah puisi di blog. l thought you must like it. thanks for the visit.
Post a Comment