SUARA MARHAEN

bUrung-BuRuNg Twit-Twit-Twit

Tuesday, September 29, 2009

ABDILLAH SM - Terjemahan - Stranger At My Door








STRANGER AT MY DOOR

(ekstrak terjemahan daripada karya asal

dalam bahasa inggeris)

KARYA

ABDILLAH SM

....................................

................................................

Puan.

Aku Joseph Reynold Abdullah.

Maafkan aku.

Mana ayah?

...................................

...................................

Puan.

Aku maklum ayahku tidak punya harta. Dia tidak punya kekayaan yang menjadikan dia lelaki hebat. Dia tidak punya kekayaan yang ingin kutuntut, puan. Maafkan aku berkata seperti ini, puan.


Kekayaann lelaki ini dalam ingatanku bukan harta materi tapi cinta kasih sehingga ke detik-detik akhir sebelum meninggal tetap ibuku sanjungi.


Puan, maafkan aku sekali lagi. Aku punya harta warisan ibu dan itu sudah cukup setakat ini untuk kehidupanku yang sederhana. Aku telah tamat ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan fizik. Aku sudah punya karya tetap. Aku cuma datang untuk melihat dia, puan. Namanya begitu bersejarah dalam kehidupan kami.


Selainnya, aku cuma ingin melihat wajah adik-adikku. Ini amanah ibuku agar aku tidak putus hubungan terhadap mereka. Puan, perkenankanlah aku temui adik-adikku. Tidak terlangsung amanat ibuku kalau tidak aku temui mereka.


Kamu Reynold Abdullah.


Kau, seorang asing tiba-tiba hadir dari mimpi yang sering mengganggu tenteram hidup kami, sekalipun aku tidak pernah diberitahu apa sebetulnya yang berlaku sekitar masalalu suamiku.


Sebagai isterinya, aku wajar sudah terkesan tidak tenteram psikologi suamiku. Masa lalunya semakin tercitra di wajah hari-hari tuanya. Aku amat bersimpati terhadapnya.


Ya. Aku relakan amanat ibumu, sungguhpun aku tidak pasti sama ada almarhum itu, pernah punya kertas janji setia pernikahan, seperti yang aku sanjungi selama ini.


Puan, please. Mana ayah?


Reynold Abdullah! Dengar betul-betul, apa yang akan aku beritau kamu.


Kalau dialah ayah kamu, dia sudah tiga bulan meninggalkan kami kerana, katanya ke Manila, ingin merantau ke punca masalah yang telah lama jadi trauma dalam kehidupan sepinya.


Aku akur pemergiannya kerana kami telah berjanji sehingga anak-anaku dewasa; dia kulepaskan tanpa syarat kecuali, pernikahan kami wajib kekal hingga aku padam!


Puan.


Maafkan aku.


Maafkan aku kerana terpaksa mengetahui perihal peribadi keluarga puan. Aku juga tidak dapat menduga, puan, apakah tujuan ayah ke sana.


Kalau ayah tidak akan kembali; janganlah puan terlalu berpedih.


Sebagai saudara kepada adik-adik yang belum pernah kulihat aku rela memikul beban tanggung jawab ayah sekalipun aku tidak berada di Malaysia. Aku masih ada.


Joseph Abdullah.


Terima kasih atas segala keperihatinanmu.


Aku wanita punya jawatan dan tidak lama lagi aku akan bersara. Aku masih boleh menguruskan perihal keluarga ini sendiri-sendiri. Terima kasih sekali lagi. Segala itu tidak wajar terjadi buat saat ini.


Kembalilah ke sana.


Siapa tahu kamu dapat ketemu dia. Jangan paksa dia kembali kepada kami, sehingga dia sendiri sudah puas berkelana. Cuma kupinta kamu maklumkan padanya, anak-anaku semua sihat tetapi kerinduan mereka padanya bukan tanggungjawab yang mesti aku pikul.


Namun aku tetap pegang tanggung jawabku sebagai isteri dan ibu.


Selebih itu adalah urusan peribadi dia dan mereka.


Terima kasih, puan.


Tolong beritahu adik-adikku, aku telah pernah menjejak kaki ke rumah ini.


Dan akan kembali menjenguk mereka bila-bila masa kalau aku diperlukan.


Selamat malam puan, ibu. Selamat malam ibu.


Selamat malam, Joe.


Jaga dirimu baik-baik.


Salam untuknya

kalau nanti kamu jaya ketemu dia.



2 comments: