SUARA MARHAEN

bUrung-BuRuNg Twit-Twit-Twit

Saturday, September 26, 2009

ABDILLAH SM - POJOK 'MAAF CAKAP' - apabila tidak sedar








ApABiLa

tIdAK sEdar


Harapan adalah perasaan meyakini sesuatu yang kita ingini terjadi, terjadi. Perasaan jadi bahagia walau sebenarnya yang kita harap terjadi itu kalau bisa diselidiki lebih awal tidaklah terjadi seperti yang kita ingini. Bagiku biarlah aku percaya yang kuingini terjadi itu kekal seperti yang kuingini walau tidak begitu sebenarnya terjadi kemudian.


Tapi apa salah aku bahagia walau cuma dengan anggapan salah itu namun kesan positifnya aku jadi damai dan tenang. Pokoknya asal jangan menyusahkan orang lain. Bahagia bagiku satu perkara yang amat peribadi.


Suatu peristiwa yang menyayat hati pernah terjadi padaku beberapa tahun yang lalu. Sesenang seperti yang aku terangkan di atas itulah. Aku percaya seseorang itu ambil berat aku sebagai rakan dan sahabat. Aku percaya dia berbaik sangka tentang diriku seperti aku mengambil berat tentang dirinya.


Tapi yang pilunya aku pada waktu itu terlalu tenggelam dengan harapan murni persahabatan. Seperti selalu aku bahagia dapat sahabat. Sahabat yang ikhlas. Tapi nak tahu keikhlasan seseorang sahabat itulah yang sukarnya sehingga terjadi peristiwa dan itulah citranya kemudian. Bagi aku itu belum tentu juga dapat mencermin sebenar hati seseorang rakan terhadap kita. Kita kena berlaku adil; seadil-adil yang terdaya. Dalam keadaan bahagia yang kunikmati waktu itulah kemudian aku sedar bahawa sebenarnya seseorang itu berusaha tidak mau ada kaitan dengan aku lagi. Tidak mau jumpa aku. Tidak mau berhubung seperti selalu.


Dengan perasaan ghairah waktu itu aku ingin bertandang ke rumahnya atas sebab ingin membantu dia menguruskan sesuatu. Dia memberitahu aku bahawa aku tidak perlu datang (!) ke rumahnya kerana dia sendiri sudah mau keluar. Logik juga. Buat apa aku datang kalau dia kemudiannya akan keluar juga kerana menguruskan sesuatu yang lain.


Tau tak apa yang paling aku benci dalam kehidupan tembus maklumat? Dalam konteks rahsia peribadi, yang paling aku tidak mahu tahu ialah apa seseorang itu rancang tidak murni terhadap aku. Aku tidak peduli kalau seseorang itu nak lakukan kejahatan sebesar mana terhadap aku asalkan aku tidak tau! Aku tidak mau tahu rahsia seperti ini. Terlalu menyakitkan. Apa lagi kalau itu dilakukan oleh seseorang yang kuanggap sahabat yang baik dan ikhlas.


Apa reaksi anda jika kemudian menyedari bahawa segala percubaan untuk berbuat baik pada seseorang itu tidak perlu sebenarnya kerana memang dia tidak memerlukan semua itu lagi. Bahkan dia telah berusaha bergitu giat untuk tidak memberi ruang mendekatinya. Sesuatu yang ironik. Rasa nak menangis apabila kembali mengingati peristiwa diri disingkiri dan bodoh dungu pula sampai tidak sedar. Ya Illahi Rabi. Terhiris hati hambamu sampai ke saat ini.


Sedih kan?


Itulah peristiwa sebenar pernah terjadi padaku. Satu pengalaman pilu menyayat hati. Hehehee. Jangan jadi seperti aku! Dan aku tak fikir rakan-rakan akan dapat bertahan seperti aku!


Sekarang seseorang itu masih kekal sahabatku. Insyallah. Tapi aku berjaga-jaga tidak terlalu berharap kerana sudah kuketahui penilaiannya terhadapku maka aku kena taulah harga diri. Aku orang cemar! Semoga cemar yang kubawa ini tidak akan pernah tercalit pada rakan dan taulan. Apakah bisa hindaran seperti itu terjadi? Boleh! Bisa terjadi kalau aku kemudian tidak dilihat sebagai seorang yang cemar. Apabila nanti cemar itu bertukar jadi kekayaan dan martabat mulia di mata masyarakat serta mendapat sanjungan umum.


Syukran!


Cukuplah pengalaman itu jadi sempadan maruah.


No comments: