SUARA MARHAEN

bUrung-BuRuNg Twit-Twit-Twit

Wednesday, September 9, 2009

ABDILLAH SM - 'MAAF CAKAP' - Sedar Diri Sedar Ruang





SEDAR DIRI
SEDAR RUANG

Jatuh hati itu bagi saya adalah satu penyakit
jiwa yang bersifat sementara. Kalau hati sudah
tertarik pada seseorang selalunya minda tidak
lagi berpengaruh mengusul sesuatu yang logik
hatta kira cinta seseorang itu nyata bertepuk
sebelah sahaja; tidak berbalaslah maksudnya.
Jelas, yang dilanda sakit jiwa itu akan
melakukan apa saja demi kononnya agar bisa
menambat jiwa si pujaan hati. Gitu.

Itulah kesiannya. Kalau cinta itu berbalas
cukuplah sudah pertaruhan cinta itu sebagai
balasan korban yang tidak punya batas hukum
daripada seseorang yang jatuh cinta kepada
yang dicintai. Namun bagaimanalah seksanya
kalau cinta itu memang tidak berbalas langsung?
Sekelumitpun – nothing, takde langsung! Pa
boleh caya ke? Hehehe. Atau yang sebelah
pihak itu cuma berpura-pura je! Jual mahal tapi
dalam hati teringin juga. Mmmmmmmm. Takut.
Bahaya tu. Itu memang bahaya. Melepas baru
tau. Waktu itu kalau tengah mengigit jari bisa
putus ho! Hehehee.

Tapi harus diingat bahawa kasus jatuh hati itu
adalah satu penyakit jiwa seperti kata saya
pada awal cerita; sifatnya sementara. Normal tu,
jangan risau. Kalau yang terkena itu rela
berusaha melupakan orang yang dirindui
setengah mati itu dengan cara penyedaran diri,
well, awas jangan terkejut jika terjadi ketikanya
dia tidak langsung peduli atau toleh lagi pada u
yang pernah buat jiwanya parah derita cinta tu!
Fasal derita cinta ini saya sendiri mafhum benar.
Risau ada, bengongpung ada, resah apa lagi
memang paduan sejati apabila jatuh hati. Tanya
saya kemudian, saya boleh cerita yang banyak
tentang gundah gulana jatuh cinta. Hahahahaa.

Dipanjangkan cerita, kalaulah si pesakit cinta itu
berpesan pada dirinya semasa tanam fikiran
proses sedar diri bahawa muka kekasihnya Si
Anu itu seperti monyet!, monyetlah awak dalam
penglihatan dalamnya. Hehehehee. Baru padan
muka! Keh keh keh.

Gigit jari aje takpe jangan sampe putus tau.
Kalau dah kudung sape nak?

Astaghfirullah.

4 comments:

setiakasih said...

mm... sakitnya cinta idak dibalas.. sakit lagi jika cinta diperlekehkan.. :)

Abdillah SM said...

setiakasih,
cinta memerlukan usaha dan ketabahan. isyarat cinta murni sudah harus dibaca pada ketika-ketika kita muhasabah diri. citra negatif dan bayang duka perkasihan pasti akan terserlah apabila hijab itu terangkat. nah! pilihlah jalan yang lurus; yang diredhakan. Salam.

dilsm

setiakasih said...

wahai teman,

bait-bait katamu
menyedarkan aku
realiti hidup
ulasan rasa

hari-hari yang aku lalui
sungguh perit
terduduk aku
tidak mampu
bangkit
dari kesedaran yang baru aku peroleh

kan ku pilih jalan yang lurus
jalan yang lebih diredhaiNya
agar tersingkaplah hijab citra
negatif dan bayang luka
perkasihan
yang terhimpun
menjadi beban
sarat menggunung
buat aku serba canggung

terima kasih teman..

Abdillah SM said...

setiakasih,

syukran!
syukran!
syukran!


dilsm