SUARA MARHAEN

bUrung-BuRuNg Twit-Twit-Twit

Monday, September 28, 2009

ABDILLAH SM - POJOK - MAAF CAKAP - IKHLAS








IKHLAS



Aku ni ada emo sikit bila bekawan. Sangat sayang kat mereka. Mungkin kerana aku tidak pernah punya adik tapi abang dan kakak adalah.

Kehidupan masa kecik selalu sunyi. Main sorang-sorang. Banyak benda mainan; macam-macam mainan aku punya sebab abang sepupu aku yang bertugas di Pejabat Kastam sering bagi aku benda-benda cam tu. Sekalipun almarhum itu bertugas di mana-mana bandar selain di Kuching waktu itu, dia tetap juga kirim mainan aku guna pos alamat kat almarhum ayah yang bertugas di Klinik Mata, Health Centre, Jalan Mesjid, Kuching. Tempat itu sekarang lebih dikenali sebagai Poliklinik. Dah berjaman dah tu. Orang muda dari aku tidak pernah tau perubahan itu.

Kawan-kawan kalau lebih muda usia dari aku aku layan mereka seperti aku layan anak sendiri. Lebih tua sikit aku layan seperti layan adik. Lebih berusia dariku aku layan mereka seperti aku layan abang dan kakak. Yang muda comel aku layan mereka seperti aku layan cucu-cucu akulah. Aku belum punya cucu sendiri tapi cucu-cucu saudara itu memang dah ramai benar!

Orang ingat aku ini sukar dibuat kawan. Salah satu sebab yang terfikir olehku mungkin kerana aku ini apa orang sekarang istilahkan sebagai ‘muka tak mesra alam’. Mesra alam itu kawasan tanah yang mudah resap air hujan. Tempat yang jarang-jarang terjadi banjir kilat kerana hujan mudah ditelan bumi! Aku nak telan siapa? Tapi aku senang menerima dan membalas budi ikhlas orang padaku. Itu aku pasti, 100%, ingat tu. Kalau benar muka aku ni tak mesra alam tak pe lah. Aku terima aje. Syukran!

Kekayaan materi itu terlalu jauh kalau digandingkan dengan individu Abdullah ni; itu nama rasmi aku. Nama Abdillah itu dikenali kawan-kawan kerana almarhum cikgu aku waktu dalam tahun satu sekolah rendah silap eja. Gurupun boleh silap eja! Hehehehehe. Biasalah. Kita manusia. Aku sayang cikgu itu. Dari dia aku belajar kenal huruf dan abjad.

Aku yakin aku kaya kasih sayang. Ingat tu. Aku sayang semua orang. Bahagia itu bagiku apabila aku dapat berbuat baik terhadap kawan-kawan. Tapi aku ada batas dan hadnya apabila berkawan. Aku sedar bukan semua kawan maklum dan faham perangaiku yang satu ini. Dengar!

Sebenarnya aku amat memuliakan keikhlasan. Itu asas persahabatan aku dengan orang dewasa. Terhadap kanak-kanak itu lainlah. Mereka perlu diajar tentang perbuatan ikhlas dan pekerti yang baik. Tapi kawan-kawan yang dah gayut tak perlulah aku nak tunjuk ajar lagi. Tidak ikhlas perbuatan anda terhadap aku pastilah aku ambil kira untuk teruskan hubungan yang baik dan mulia. Aku akan pasti hindari anda kalau anda terusan berbuat tidak ikhlas terhadap aku – itupun aku lakukan setelah aku pasti kawan-kawan seperti itu memang tidak akan berubah untuk layak jadi kawan aku lagi! Akhir cerita; selamat tinggal je lah.

So, kawan-kawan yang masih berkawan dengan aku dan mereka yang semakin kujauhi itu anda kenalah faham asas persahabatanku. IKHLAS. Nak tanya satu persatu apa perbuatan tidak ikhlas anda terhadap aku itu tak perlulah. Kebenaran itu amat menyakitkan. Aku tidak ingin anda yang ingin tahu butir perkara tidak ikhlas itu jadi orang yang suka berpura-pura. You know yourself better, nyak meh jako orang Inggeris.

Kalau aku sudah terpaksa menjauhi, itu bermakna sudah seriuslah perasaan tidak percaya aku terhadap anda. Ampun-ampun!

Wallahualam.

2 comments:

setiakasih said...

Karya kitak tuk dah 'open up' sikit. makin bes dibaca. :)

Abdillah SM said...

is it? hehehee. so take the challenge! salam.