SUARA MARHAEN

bUrung-BuRuNg Twit-Twit-Twit

Tuesday, January 27, 2009

ABDILLAH SM : SASTERA - Puisi / Medan Duka

medan duka


bulan retak

di merah langit mayapada

bintang-bintang bersorakan

pesta di medan duka

lara sepi malam

di keutuhan jiwa


dunia resah

suara sayu di keruntuhan

ayat suci mengimbau jauh

bunga hati berkecai luruh

di bumi terseksa

- taman pusara


suatu subuh

teriakan memecah

teretak langit-langit

tercemar damai kamar

bumipun bergetar

malapetaka, betapapun

ibunda senyum.





2 comments:

" S E M A N D I N " said...

Sememangnya lagu2 puisi abang mencengkam dari dulu kini dan selamanya...
Cuma sukar untuk mendapatkan.

Abdillah SM said...

salam,

terima kasih kerana perhatian adinda. sering2lah menjenguk ke blog ini. dengan itu mungkin akan dapat abang usahakan satu dua lagu untuk simpanan adinda. cuma suara tidak mengancam almaklum abang sudah semakin berumur. hehehehe, walau belum terlalu tua! wallahualam.