Abdillah SM
2 januari 2010
bandaraya pelabuhan
kasih
purnama
selautan
limpah kasih
buaian fikir
ngerdip kejora
kejauhan malam
hatiku terlontar
ke sana
bertandang
membujuk
rindu
salam
dari mimpi
rangkul mesra
lena bercumbu
dewi-dewi cinta
deklamasi kata
sentuh nubari
tetes airmata
digoda
ilusi
jaga dari zikir
kulaung namamu
langit-langit menangis
dinding-dinding sepi
lantai runtuh terpijak
badai samudera
gelora bahtera
prahara
semusim
2 comments:
salam...
aku suka puisi ini...
mungkin kerana ia terisi namaku, rinduku,
impianku dan ilusiku.
terangkai indah
bagai tasbih mimpi.
salam. semulanya memang ingin didedikasi untuk anakanda, tapi terfikir juga mau ditanya apa boleh? itu sebetulnya terjadi. ini kata benar. individu seperti kita memang sering peka pada boleh tak boleh sesuatu tindakan. kalau tidak begitu kita tidak begelar peminat puisi!
Post a Comment