SUARA MARHAEN

bUrung-BuRuNg Twit-Twit-Twit

Friday, September 18, 2009

ABDILLAH SM - Cerpen Khas - Mudik Lebaran (dibaca bersama puisi "Salam Idulfitri")

MUDIK LEBARAN

karya

Abdillah SM


Ibu usah risau. Iwan tau lelaki bapa Iwan. Cuma sayang nama Iwan tidak pernah akan diganding dengan namanya. Dia lelaki tampan segak anggun. Tahi lalat hidup di hujung bibir atas Iwan ini pasti mengingatkan ibu padanya. Heheheee.


Ibu, dia peramah orangnya. Dia selalu tegur Iwan. Farhan, kawan Iwan budak Tahun Tiga Merah itu anak dialah. Dia muda setahun dengan Iwan. Cikgu Asmah, sepupu dan rakan sedarjah ibu pernah suatu hari berbisik pada Iwan. Katanya lelaki itu bapa Iwan.


Pagi tadi Iwan terserempak dengan dia, ibu. Dia mengucap selamat hari raya pada Iwan kemudian katanya, “Kirim salam pada bapa kamu, ok Iwan? Lusa hari lebaran. Kami mudik kampung petang ini. Assalamulaikum, Iwan.”

Dia terus pergi tanpa menoleh Iwan seperti selalu apabila dia dan Farhan masuk kereta mercedes kelabu itu. Iwan sedih ibu. Iwan menangis pagi tadi. Iwan nangis kerana kasihan melihat dia sedih. Kenapa dia kelihatan seperti mau menangis? Apabila kereta itu beredar jauh, Cikgu Asmah datang pada Iwan lalu katanya. “Jangan sedih. Dia bukan ayah kamu. Dia itu cuma bapa kamu. Mari pulang. Cikgu hantar kamu balik.”


Ibu jangan sedih seperti ini selalu. Kalau ibu sedih dia tentu lebih sedih. Kasihan dia. Dia baik orangnya. Kalau Iwan besar nanti Iwan mau jadi tampan dan segak seperti dia. Punya kereta besar dan pakaian cantik.

“Kamu jangan mengada-ngada! Kamu jangan jadi lelaki ingkar janji seperti dia. Maruah kita sudah semakin tipis kerana janji yang tidak pernah menjadi beban tanggunjawab sosialnya.”


Ibu jangan terusan berfikir seperti itu. Nanti dia sedih kalau dia tahu ibu masih mengingatinya. Lupakan saja dia, ibu. Kalau ibu terus begini, nanti Iwan tidak bagi ibu cium Iwan lagi!


"Anakku. Apakah nanti semakin dewasanya kamu semakin kamu bersimpati padanya. Semakinlah aku nantinya; hilang tempat berduka dan bersyahadu!"




No comments: