Abdillah SM
bandaraya pelabuhan
12 februari 2010
batu
singkap
tirai temu kenang
gelunsur waktu
hati kusam
samudera beku
bahtera diam
layar sepi
angin
mati
saujana
daratan
ingat rindu
kelam sunyi laman
kering lumut dingin
hijau kasih tinggal semu
jejak silam hilang tapak
serbu ilalang
kucabut
rerumput liar
tumbuh lebat
jemala minda
retak laungan
pedih pilu
umbut
umbi
akar
berdarah
:::
cinta kita selesai
janji-janji terusai
aku bukan
sihir duka
sesiapa!
pulanglah,
kekasih
pulanglah,
bait-bait puisi
tunggu harap
di sarang
mimpi
No comments:
Post a Comment