SUARA MARHAEN

bUrung-BuRuNg Twit-Twit-Twit

Tuesday, February 10, 2009

ABDILLAH SM : SASTERA - Puisi / Laut

laut


aku

laut pasrah

merelakan

wangi dan lantuh

cinta kasih

janji-janji

manusia


akan tenggelam

kata dan rupa

ke dalamku

mendasari

khazanah

liku-liku

zaman


aku

laut

kekasih langit

di horizon

mata mentafsir

hidup mimpi pada

waktu terhenti

jasad

diusung

ke liang

hilang


tiap aku

adalah makna

ayat

bijaksana

ribut taufan

hujan kehidupan

kemarau

padang tandus

terpacak tanda

dalam

ilmu


abdillah sm

11 feb 2009

2 comments:

dariana said...

salam.

lama dah aku tak melihat laut
barangkali ia sudah menoleh dariku
langit tegar bening
larat awan lemas di usus berpusarnya
laut leka beralun
tinggal lumut menganyam pantun.

*** mohon alamat sdr buat kukirim antologi puisi2ku. catatkan di blog aku deh! terima kasih dil!

Abdillah SM said...

salam,

rindu saya pada laut, keinginan saya berada di sawah, impian saya menyalami setiap rakan yang saya kenali secara realiti juga maya kini jadi idaman menghantar waktu ke senja! hehehe terima kasih kerana sering menjenguk. (ke blog anda untuk alamat saya).