PAUTAN
bUrung-BuRuNg Twit-Twit-Twit
Friday, May 27, 2011
Sunday, May 22, 2011
Tuesday, May 17, 2011
ABDILLAH SM - Puisi - Cemburu
cemburu
aku ingin seperti mereka
yang setia pada Tuhan
wajah manis keyakinan
merahsia rasa bahagia
kerana doa di kalbunya
sebuah lagu mencair
ghairah ingin
aku juga ingin
mencumbumu Tuhan
lewat kata-kata
yang lama kusimpan
sehingga tiap kali
kubuka ingat
lidah jadi kelu
kerana malu
Tuhanku
aku menyintaimu
dalam sepi malam
ke dalam sepi diri
sehingga ranap
segenap wujudku
mentafsir dekatmu
yang tak tergapai
sekalipun dalam
mimpiku
Tuhanku
kusimpan cinta ini
seperti nakal impi
teringat kekasih
yang tidak pernah
membalas kalipun
aku diluluh resah
rindu tanpa tuju
bisu tersimpan
malu.
abdillah sm
petra jaya
17 mei 2011
Monday, May 16, 2011
Saturday, May 14, 2011
Saturday, May 7, 2011
Sunday, May 1, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)