Abdillah SM
bandaraya pelabuhan
dilema
katakan
semuanya
tidak benar
kerana aku nanar
belum lagi percaya
sehingga aku percaya
katakanlah yang benar
sebenarnya kita
saling jatuh cinta
pandang kali
kesepuluh
menggali
kebenaran
hakiki
namun hati
masih belum
membenarkan
walau tanpa
penolakan
nanti kalau
jadi benar
jangan
tinggal
aku
realiti
antara
mimpi
apa beza
sehingga
jadi curiga
bukti persis
membenar
mustahil
berlaku,
terjadi